Saturday, October 15, 2011

Serabut

Rasa serabut..
My brain can't function as usual, not productive at all.
..........

pressure plak...
nak completekan semua requirement for membership....tidaaaaaak!!!!!
have to strive for my own betterment....
sabor yer...InsyaAllah, ada kemanisan di sebalik kesabaran...


Masih serabut.....):

Sunday, October 2, 2011

Aiman

02/10/2011

Aiman tak kesah....Sapa Aiman?Biarlah misteri....

Hari ni aku namakan misi Ziarah Saujana Utama dan Sungai Buloh. Sebenarnya perancangan ziarah dah lama, dah bertahun, tapi tidak kesampaian. Jemputan jamuan pasca syawal (sbb syawal dah habiskan..takkan raya lg kot..hehe..) Faz menjadi asbab aku sampai ke Saujana Utama. Jamuan akan bermula pada pukul 2.00, jadi aku mula merancang2 untuk berziarah ke rumah kawan-kawan lain, alang-alang dah sampaikan..

Rumah pertama, rumah staff , si Mas. Kegembiraan masuk rumah baru dalam bulan syawal menjadi agak suram bila rumah yang diduduki tak sampai sebulan dimasuki pencuri..sangat kasihan, so, walaupun tidak dijemput aku menghadirkan diri ke rumah mas...janji pukul 11, 11.30 baru sampai..pusing-pusing area tu memangla agak bahaya. Hanya beberapa rumah yang baru diduduki tuan rumah,yang lelain masih dalam proses renovation dan banyak yang masih kosong terbiar. Suspek, pekerja construction dekat rumah sebelah menyebelah..kerugian boleh tahan jugak, tv, lap top, barang kemas, duit raya bebudak, ..habih di hangkutnya...uish..jahats betulla...semoga mas and family sabar dengan dugaan...Peringatan buat diri, segala yang ada pada kita adalah hak Allah yang dipinjamkan, bila2 masa nikmat yang dipinjamkan akan diambil balik...Sebagai hamba Redhalah dengan ketentuanNYA..pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tak nampak...Wallahua'lam..

Rumah Kedua....dah empat tahun aku bercadang dan merancang nak ke sana, rasa bersalah sentiasa datang bila teringat aku tak pernah sampai walau merancang. Masa bekerja di company lama, kebanyakan Client dan staf2 client dah jadi kawan, sesetengahnya agak akrab..Salah seorang staff client yang menjadi akrab ialah Kak Syima, staff admin di BESTSB. Kami kenal sejak 2002..Kak Syima masa tu ada seorang anak lelaki, comel dan keletah..anak kesayangan ibu dan ayah..Aku ingat lagi semasa singgah di BESTSB atas urusan kerja aku dengar suara budak menegur..."nak beli nasi lemak ke?"...eh...aku jenguk belakang meja Kak Syima...aku nampak anaknya si comel tu tengah baring.." eh kak, nape bawak anak p opis ni?"...kata Kak Syima " anak akak ni dah dua minggu demam, tak kebah2...akak kena bawak p opis..ada keja nak kena settle gak.."Aku jawab "oooo..kesian si kecil"....

Aku dah tak ingat bagaimana aku boleh bertanya dan bagaimana aku boleh tau selepas tu..mungkin sebab masa tu banyak urusan dengan Kak Syima membuatkan aku bertanya " Kak anak akak dah ok?"..Aku masih ingat, masa tu Kak Syima jawab dengan tenang..."D, anak akak ada tumor kat otak, tengah tunggu result whether kanser ke tidak"..Ya Allah..terkedu aku, teringat2 dia menegur aku...Dalam hati berdoa2 semoga dia tak apa2..Janganlah ada sel kanser..kesiannya dia....Ya Allah hanya kepada Engkau tempat kami berserah dan memohon pertolongan..

Dugaan Allah adalah untuk hamba-hamba yang mampu menahannya dan adalah untuk menguji keimanan hamba-hambanya...Si kecil sah cancer, terpaksa menjalani pembedahan membuang 1/3 dari otaknya, menjalani kemoterapi dan radioterapi...hilang kemampuannya bercakap, melihat, berjalan, makan secara normal...Masa tu, 2007, si kecil berusia 5 tahun...Sekarang si kecil yang keletah dulu..dah berumur 9 tahun....makanannya susu yang disuap menggunakan tiub, kakinya kejang2..badannya sihat Alhamdulillah...agak berat untuk ayah angkat selalu...sakit pinggang ayah...ayah dah tak kerja, sbb ibu tak larat nak angkat si kecil..jadi ayahlah menggalas tugas menjaga si anak dengan penuh kasih sayang...Bulan 3 yang lalu datang lagi ujian buat ayah dan ibu, ...kanser menyerang lagi di bahagian lain...si kecil semakin lemah...ayah dan ibu resah, keluar masuk wad beberapa kali dengan pelbagai komplikasi...

Hari ni masa aku melawat, kata ibu, si kecil berada dalam keadaan yang tenang dan agak sihat..baru pulang dari wad setelah tiga minggu di sana...Alhamdulillah...rasa nak menitik air mata menengok keadaannya..tapi ibu dan ayah tenang.....dah empat tahun, dah berkali2 doktor suruh bersedia untuk melepaskan....Wahai anakku Aiman, beruntunglah kamu dikurniakan ibu dan ayah yang berjuang demi kesejahteraanmu, yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untukmu...InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai anak yang suci...Untuk Kak Syima dan Abang Lan, InsyaAllah anakmu akan mengangkat darjatmu di sana...Ameen..

Rumah Ketiga , sampai pukul 3.30...(lambat sket sebab lama sembang2 dengan kak Syima, yela tak pnh p umah dia, p hospital je masa Aiman operate...)makan-makan nasi ayam dan laksa..aku gerak ke kembara ziarah ke Rumah ke empat di Kuang, Rumah Kak As, yang mendapat jemputan haji pada tahun ni...akan bertolak dari kelana jaya pukul 1.oo pagi ke KLIA...LabbaikAllahumma labbaik...Labbaikalasyarikalakalabbaik...Ya Allah jemputlah Aku, Ibubapaku, adik-adikku, mak cik pakcikku, guru-guruku, sahabat-sahabat2ku dan seluruh muslimin dan muslimat ke Baitullahmu....Ameen....

Akhirnya aku pulang kerumah dalam keadaan perut yang penuh nak meletup.....aduhai....



Saturday, September 10, 2011

Berlalulah sudah...sebulan berpuasa.....

Taqqabballahu minna wa mingkum, wa antum bikhair....eidul mubarak...minal aidil wal faaizin...

Ramadhan berlalu meninggalkan perasaan bercampur gaul dalam diri. Shahdu, sayu, hepi dan tertanya-tanya, diterimakah amalan?..kembalikah diri kepada fitrah yang suci? bakal berterusan kah amalan Ramadhan yang lalu hingga Ramdahan seterusnya..

Ramadhan kali ini menggamit rindu..masih lagi terasa di bulan Syawal...rindu...rasa hati ni sangat rindu...rindukan apa eh?rindukan Baitul A'tiq dan Masjid Nabawi..Rindukan bauan dan angin di Mekah dan Madinah..Rindukan kesejukan kaki di batu marmar sewaktu Tawaf di Kaabah..Rindukan meminum zamzam yang sejuk sebelum dan selepas solat..

Hati sangat-sangat merindukan...lama sudah tidak berpergian ke sana...hati melonjak-lonjak..Ya Allah aku memohon kemudahan dariMu, keizinanMu, kelapangan, kekuatan fizikal dan mental...Ya Allah, Jemputlah aku, ibu bapaku, adik-adikku, mak cik dan pak cikku, saudara mara jauh dan dekat, guru-guruku, pekerja-pekerjaku dan seluruh muslimin dan muslimat ke Baitul AtiqMu dan ke Masjid Nabi junjungan sallallahu alaihi wassallam...Ameeeeeeeen..

Ramadhan Kareem penuh rahmat dan barakah, penuh dengan pengisian di masjid dan surau...malangnya ramai yg tidak mengambil kesempatan..yang hadir pun ramai yang bak kata ustaz " mengalahkan Imam Syafie ingatannya"...kenapa ustaz kata begitu? sbb kebanyakan yang hadir tidak membawa buku catatan....termasuk la aku..:) ..Ramai ustaz-ustaz yang hebat-hebat di jemput ke surau di qariah kami...Pengisiannya juga bagus-bagus..malangnya banyak yang aku dah lupa detailnya..sebab tak bawak buku catatan, walau pun hari-hari berazam nak bawak tapi lupa juga....sementara minda masih ingat-ingat lupa, baik aku catatkan apa yg masih ada di minda, adeh apa ya...

1. Kata ustaz, detik kematian ada empat kumpulan malaikatul maut akan datang pada detik kematian...
*kumpulan pertama akan menarik roh dari tapak kaki hingga ke sendi lutut..setelah selesai mereka akan beredar...sbb tu orang2 berilmu bila melawat orang yang sakit mereka akan rasa tapak kaki si sakit...kalau dah sejuk...itulah tanda-tanda pengakhiran hayat si sakit

* kumpulan kedua akan menarik roh dari lutut hingga ke pinggang, di ikuti kumpulan ketiga menarik roh dari pinggang ke dada...semas ni kita akan lihat si mati akan sesak dadanya,
berombak2.....
* dan yang terakhirnya akan menarik roh dari dada ke ubun-ubun... oleh kerana roh keluar
ubun-ubun sbb itulah kalau kekadang kita boleh melihat org yang meninggal memandang
ke atas...jasad melihat rohnya keluar dari badan buat kali terakhir..Qaaluu innalillahi wa
inna ilaahi raaji'uun...


tulisan ini hanya berdasarkan ingatan lemah aku...aku memohon ampun kepada Allah jika ada kesilapan...semoga diri ini sentiasa bersedia untuk menghadapi waktu itu..Ya Allah, matikanlah kau dengan kematian yang baik, dan janganlah kau matikan aku dengan kematian yang buruk, Ya Allah aku bermohon redha darimu Syurga Jannah dan perlindungan darimu dari kepanasan api neraka.......Ameeen...

Thursday, June 30, 2011

June yang penoh...

Alasan untuk tidak meng'up date' blog , letih, banyak kerja, mengantuk....malas sebenarnya.

June adalah bulan yang padat untuk semua 'accounting practitioner, sebab? Tax filing untuk individu yang menjalankan perniagaan(enterprise saja) adalah pada 30 June, bertembung dengan audit bagi account yang close bulan 12 hujung tahun....aduh2..

Awal May, aku dah listkan semua job yang aku nak settlekan before june, supaya kurang sket beban bulan jun...tapi kita merancang, tuhan yang menentukan...dah jadi attitude rakyat malaysia, kita ingatkan beberapa bulan awal pun dah minggu2 nak akhir june jugak mereka nak hantar documen unuk di buat akaun..tu belum kira yang hantar minggu last...aduh2...

June 14..aku exam..malu nak cakap, ngulang paper P2...nape tah badi aku dgn paper ni..susah nak lulus(actually bukan badi, mmg aku was not well prepared as compared to other papers....ngaku...salah sendiri..)Fuh...genting..saat-saat keja banyak nak exam, paper susah plak tu..huhu...

June 16 - 19...kami ke langkawi...trip which was planned a year ago....sangat seronok....walaupun diganggu dengan panggilan2 dari client...bawak akif, which is 3 months old..naik flight, sgt kesian tgk dia nangis dalam flight bila tekanan turun..mesti sakit telinga..bak kata abang afif "saya tak ada telinga"..masa touch down kat langkawi..hehe

Balik jer dari langkawi terus pulun buat keja..apa lagi..dek kerana dehydration, penat, jetlag?...badan dah tak tahan...demam la pulak..spi tak p keja 1 hari..aduh2...kerja sangat banyak...

Asmawati selamat diijabkabulkan dgn suaminya(hehe ai tak tau sapa namanya) on 19th..which kami on the way pulang dr langkawi...sorryla ayah ndak..kami dah tak ble reverse flight booking...tp kami semua turun ke dewan manjalara, datang kenduri belah husbandnya...Asmawari is my kazen...10 yrs younger..dah kawin dah budak ni...acik dah tuo...

Alhamdulillah....dengan rahmat, hidayah dan perlindungan Allah....kami berjaya menyetelkan semua job tax sblm kul 7 mlm pd 30 hb june..walaupun sblm ni tiap malam aku balik kul 9...petang td dah jem jap otak aku....well...perjuangan belum selesai....

lepas ni nak kena turun BERSIH plak....hehe...oh..tu JULY nyer citer...

Wednesday, March 30, 2011

Shake hands with the Queen...

One of my fren share this in her fb and I wanted to share it with uols...





A British man came to Sheikh & asked,"Why is not permissible in Islam for WOMEN to shake hands with a MAN?"


The Sheikh said,"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"


British man replied,"Of course not,there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth"


Sheikh replied with a smile on his face,"Our Women are Queens an...d Queens do not shake hands with strange men" quoted fr Fiza Nep..:)...

Sunday, February 27, 2011

Special Day...

We're here on this Special Day
Our hearts are full
Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir(chorus)
From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your
Kids who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir(Chorus)(4X)
Barakallah(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa
Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir...
hehe...sebenarnya bait2 nasyid di atas menggambarkan special day untuk org yang berkahwin..tapi, tak pe..still aku nak jugak mengambil bait2 nasyid tuh untuk menggambarkan special days for myself..:)...tak semestinya nak berkahwin je dalam 'hati ada taman' kan...
21st Feb - perasaan agak berkecamuk...tapi debaran boleh di atasi..kesibukan tugasan melupakan debaran yg melanda di hati (jiwang karat pulak bunyinya..ehe)..sementelah masalah server offline di website ACCA, persoalan di hati tidak terjawab...tapi malam2 tidur lena jer..:)
22nd Feb - tada....website ACCA dah boleh get tru...alhamdulillah ala kulli haal...thank you Allah...u showered me with Ur Rahman & Rahim....I've passed P3 & P6....rasa sangat berbaloi2....walaupun as expected i've flunk P2...pnh tgk org gembira walaupun tak pass satu paper?..aku la tuh....sangat2 bersyukur dan sangat2 hepi...i've been smiling for whole day...
24th Feb - Awin, sahabat sejati, turun dari terengganu....touch down at 11 di klia, dan spi di kl central pukul 12 lebeh...nasib baik cik garfupurple sanggup temankan i walaupun dia kena kuar wal esok pagi...kami sampai rumah almost 2 am in the morning...mula2 mata dah ngantuk.. tp since dah 2 thn tak bersua muka...kami tak boleh tido...satu cerita ke satu cerita...nak recap balik our lives in these recent years...tup2 tido dekat2 pukul 5 a.m....
25th feb - hehe...the most special day...hehe...aku, awin, haine & ya(adik haine) went for MAHER ZAIN concert at stadium melawati shah Alam!!! first time in our lives, went to a concert..huhu...duk jauh sayup je dari MZ..yela tiket 100 je..takkan duk kat depan stage kot...
kata mc, ticket was sold out( nak sedapkan hati kot)...tapi tgk2 yg kat bawah depan stage byk kosong....pelik gak..our seats area memang penuh la...Fuhh!!kuat betul sound systemnya....ye la konsert la katakan...tp memang best...MZ bawak kawan2nya...Mesut(turkish staying at mecodenia), Irfan Makki(pakistani), Fadli (Indon)..semua pun best..Irfan je yg kureng sket get my attention...Mesut....suara sangat power...kalah MZ...masyaAllah...Fadli from indon, translate lirik INSYAALLAH to indon...masyaAllah amazing..suara dan lirik mmg power...fuhh
Nampaknya MZ faham, M'sian mmg dahagakan nasyid2 mengajak kepada Allah..dan mudah menerima dakwah melalui nasyid2 yang berkualiti dan menyentuh hati...bila difikirkan balik, MZ was trying to market his marvelous frenz to m'sian market...syabbas beta...cumanya.....kesian gak ngan kumpulan nasyid di Malaysia yg akhir2 ini agak suam2 kuku..kedatang MZ, Mesut, Sami Yusuf, sukar ditandingi kumpulan nasyid di Malaysia (ni pendapat aku...)...Bait2 nasyid mereka sangat mengesankan...kita boleh rasa kecintaan dan keinsafan di situ...yang mana sangat sukar dihasilkan oleh penasyid di m'sia..(kecuali, raihan, hijjaz dan rabbani)...
So....itulah ceritanya special days buat bulan ini....:)...

Friday, February 18, 2011

Ceritaku Ceritamu...

Salam,

Tadi petang sepatutnya ada tiga agenda di kawasan ulu kelang.Tetapinya hanya satu yang settle, yang lelain terpaksa ditunda..:)
1. Jumpa aida - settelkan beberapa secretarial cases
2. Jumpa 'sumpah'?..pesuruh jaya sumpah, utk certified beberapa company punye statutory declaration
3. P office N, submit & collect doc ( macam despatchkan....standardla..aku ni byk sgt cum..cum janitor, cum toilet cleaner, cum supervisor, cum it officer, cum network engineer, cum accountant, cum auditor, cum....dan berbagai lagi...eheh)

yang settle...jumpa aida jer, pesuruh jaya sumpah dah pindah..chess..tak tau plak. Opis N tak dan nak p sbb p minum ngan aida..eheh...jumpa membe cum business associates, kenala minum2...nak main golf tak gheti..

topic discussion, topic biasa-biasa saja..mainly about our long not lost frenz..our beloved frenz..Y..used to be our dearest frenz(still)..used to be there for us..tp..pop....hilang...sedeh kan??she got married..then...pop...we went apart..y eh?...only ALLAH knows...I went to her mother's house last week end..just to say hello and ziarah..May Allah Bless our frenz with happiness and Love...ameen..

Thursday, February 3, 2011

Suatu Cerita Tentang Syurga dan Neraka

Salam

Cerita ini dipetik dari sorang clientku En M., yang dipetiknya dari satu ceramah di surau di kampungnya, berdasarkan soalan seorang pendengar kepada penceramah.

Soalan : Ustaz apa komen ustaz tentang bila seseorg itu mengatakan masuk parti 'P' boleh masuk syurga?

kalau korang, apa yg korang fikir pasal statement di atas, rasanya ramai yang penah dengarkan..kalau tak penah dengar, ketinggalan la tu..(ops, sori...:))

Jawapan: Kalau kita pilih parti P, yang perjuangannya Lillahita'ala...untuk mendaulatkan Islam di dunia nih..apa agaknya modus operandi parti P bila dia menang pilihanraya...let say, mereka bertindak menutup semua pusat perjudian dan pusat hiburan, berusaha untuk menegakkan hukum2 al quran seperti hudud, agak2 kita yang mengundi/menyokong ni dapat pahala tak....:)

Instead, kalau pilih parti B, bila berkuasa, pemimpinnya menggalakkan rasuah, menjalankan kegiatan tak bermoral, menhalalkan pusat2 perjudian dan kelab malam (dgn bagi lesen)..dan menggalakkan pelbagai kegiatan maksiat dan dosa..agak2..sesiapa yang menyokong tuh dapat share dosa tak...

tepuk dada tanyalah iman

wallahua'lam..

p/s- cerita di atas tidaklah tepat seratus peratus seperti yg disampaikan penceramah...cuma isinya sahaja diambil dari cerita mulut ke mulut..(macam zaman tun sri lanang plak..)

Review?

Assalamualaikum pembuka bicara

Sementelah lama bebeno tak menulis, terasa berat jejari nak menaip..bukan tiada isu, bukan tiada cerita, tapi tiada jiwa...semangat bagai ditarik, jiwa agak tersentak..tapi Allah maha kuasa, sentiasa memberi lindungan dan hidayah..ditarik suatu nikmat untuk memberikan pengajaran bermakna..Alhamdulillah..kemanisan buat orang-orang yang bersabar, itu janji Allah..

Berlalu sudah 2010 thn masihi, baru nak rasa-rasa masuk tahun baru dah masuk bulan febuari..Cepatnya masa berlalu, tanda-tanda akhir zaman...apa ya persediaan aku nak menghadapi mahsyar?kamu?

Recap 2010 (yg aku masih ingat..byk dah lupa kot..:))

1. start ACCA on january, final papers on december..(result on feb...uhuks...)
2. interview utk LS (on april kot ...fail..uhuks..)
3. Tok Wek meninggal hari aku peksa first paper tuk final (6 Dec)...sedih sangat, bila ingat masih lagi rasa sedih..cu mesti rasa sedih lagi..kesian cu...Allah sayangkan tok, moga rohnya berada bersama org2 yang beriman...ameen
4. ...................

yang lelain tu..ada yang penting dan ada yang tidak..semuanya dah berlalu...so let bygone be bygone..
Well, 2011 is a new year...kita bukak buku baru dan terus pandang ke depan dengan pemikiran yang positif...Chayyok!!!(konsert maher zain on 25th..hehe..)
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates