Thursday, February 3, 2011

Suatu Cerita Tentang Syurga dan Neraka

Salam

Cerita ini dipetik dari sorang clientku En M., yang dipetiknya dari satu ceramah di surau di kampungnya, berdasarkan soalan seorang pendengar kepada penceramah.

Soalan : Ustaz apa komen ustaz tentang bila seseorg itu mengatakan masuk parti 'P' boleh masuk syurga?

kalau korang, apa yg korang fikir pasal statement di atas, rasanya ramai yang penah dengarkan..kalau tak penah dengar, ketinggalan la tu..(ops, sori...:))

Jawapan: Kalau kita pilih parti P, yang perjuangannya Lillahita'ala...untuk mendaulatkan Islam di dunia nih..apa agaknya modus operandi parti P bila dia menang pilihanraya...let say, mereka bertindak menutup semua pusat perjudian dan pusat hiburan, berusaha untuk menegakkan hukum2 al quran seperti hudud, agak2 kita yang mengundi/menyokong ni dapat pahala tak....:)

Instead, kalau pilih parti B, bila berkuasa, pemimpinnya menggalakkan rasuah, menjalankan kegiatan tak bermoral, menhalalkan pusat2 perjudian dan kelab malam (dgn bagi lesen)..dan menggalakkan pelbagai kegiatan maksiat dan dosa..agak2..sesiapa yang menyokong tuh dapat share dosa tak...

tepuk dada tanyalah iman

wallahua'lam..

p/s- cerita di atas tidaklah tepat seratus peratus seperti yg disampaikan penceramah...cuma isinya sahaja diambil dari cerita mulut ke mulut..(macam zaman tun sri lanang plak..)

0 comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates