Sunday, July 15, 2012

Kembara Kami

25 May 2012

Kembara kami ( aku, mak, ain dan cu) membawa segunung dosa, memohon agar dikasihani, dikasihi dan diampuni..Kembara kami bersama hajat yg menggunung, memohon cintanNya dan Syafaat kekasihNya..

Sentiasa aku mengingatkan diri, kembara ini bukanlah semata kerana aku rindukan suasana haramain, atau rindukan meminum zam-zam sepuas-puasnya atau memohon pelbagai hajat dan keperluan di dunia ini...Kembara ini kembara mencari redhanya, menyucikan jiwa yg penuh dosa..

Sucikah jiwa setelah kepulangan? Diterimakah amalan semasa di sana?  Ya Allah aku berserah dan memohon dikasihani, mohon diterima amalan dan di ampunkan dosa2 ku, ibu bapaku, adik2ku, nenek dan datukku, saudara maraku, guru2ku, sahabat2ku, pejuang2 islam di seluruh dunia...dan seluruh muslimin dan muslimat..

Kami sampai ke tanah air 6 June 2012, Alhamdulillah, dengan perlindungan dah rahmat darinya...

Ibrah dari kembara sangat banyak..Perjalanan ini adalah tarbiyah Allah...dari sekecil2 perkara sehingga ke besarnya

Pengajaran utama adalah ujian kesabaran..(kami datang dari famili yg cepat marah, cepat je naik darah kalau sesuatu tak kena..especially aku..hehe)...Kata ustaz, sikap kasar, tak sabar dan suka tolak2 org arab ni adalah dugaan kesabaran buat kita..Kata ustaz lagi, kita datang sebagai tetamu, jadi kita jangan nak komplen cara mereka..yalah kalau orang datang rumah kita, mesti kita tak suka org kata rumah kita tak cantik/kotor, anak2 kita nakal, makanan kita tak sedapkan...Jadi kalau dah arab tu memang kasar, tak sabar dan suka tolak2..jadi bersabarlah..dan sentiasa maniskan muka..Balik ke Malaysia, kekalkan sifat sabar sebagaimana kita di haramain, disana tempat yg suci, kita berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan sikap sabar dan bertolak ansur..balik ke Malaysia?...masihkah lagi bersabar atau dah kembali ke sifat asal?Bawak kereta masih nak marah2kah kalau ada yg terhegeh2 kat depan :p..menyirap darah teruskah bila staff buat silap berulang2 kali..Allah2 ingatkanlah aku bila aku lupa....

Ada satu ustaz dari sabah,(maaf ustaz sy tak ingat nama ustaz) mengajarkan satu doa (ayat ustz lg best, ini sekadar berdasarkan ingatan)" Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah padaku rasa bersyukur, iaitu tidak mengeluh dengan sedikit kesukaran yg engkau berikan"..aduh2..kita sentiasa mengeluhkan..kita lupa bila kita mengeluh sebenarnya kita tak bersyukur...berapa kesusahan yg kita ada bebanding dengan nikmat yang tak terkira dan tak terhitung dek kita..Ya Allah..lemahnya hamba mu ini..

Silaturrahim group kami sangat mengharukan...kami tak banyak masa untuk berkenal2 / berbual kosong, sementelah masing2 ada matlamat lebih utama semasa di sana..Namun ukhuwwah yang terjalin dalam senyap membawa makna yg lebih bererti bagi aku..Terima Kasih atas peringatan dan tazkirah ustaz wahab, Terima Kasih Ustaz Zainal(Pak Cik aku & ain* tumpang mahram), Terima kasih keluarga Hj Abdul Razak dan terima Kasih Keluarga Asma', yg mengangkat beg dan Air Zam2 kami, Terima Kasih atas ukhuwwah Kak Zaimah dan Ibu, Terima Kasih Keluarga Cikgu Aris ( Tumpang Mahram Cu) Terima Kasih Sahilla dan kelurga..terima kasih semua..

Ibrah paling utama ialah kemanisan dalam beribadah hanya boleh dirasai bila ianya berterusan, tak kira tempat dan masa..kerana kita hambanya yg tidaklah dijadikan kecuali untuk beribadah kepadaNYA.

Allah, Aku Memohon di jemput Lagi ke Baitul A'tiqmu dan Masjid nabimu..kerana aku sentiasa rindu...








Monday, January 16, 2012

22 Safar 1433H

bersamaan 16/1/2012

Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Tercinta Muhammad s.a.w

(Mode : tak berapa rajin nak meng'update' blog (bukan luar biasa pun))

Teringin nak mencoret sesuatu yang bermanafaat untuk aku semak2 dihari muka, tapi buntu..so, credit to Ustz Zaharuddin:-

Antara kaedah mengenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allahialah apabila dibacakan kalam Allah, bicara Islam atau mendengar azan, orang itu akan merasa segera jemu, mengantuk, tiada perhatian & tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai & hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat . Apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya & berasa segar fizikal & jiwanya. Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu.



Ameen....


p/s : adeh..selalu jugak begitu...

Saturday, October 15, 2011

Serabut

Rasa serabut..
My brain can't function as usual, not productive at all.
..........

pressure plak...
nak completekan semua requirement for membership....tidaaaaaak!!!!!
have to strive for my own betterment....
sabor yer...InsyaAllah, ada kemanisan di sebalik kesabaran...


Masih serabut.....):

Sunday, October 2, 2011

Aiman

02/10/2011

Aiman tak kesah....Sapa Aiman?Biarlah misteri....

Hari ni aku namakan misi Ziarah Saujana Utama dan Sungai Buloh. Sebenarnya perancangan ziarah dah lama, dah bertahun, tapi tidak kesampaian. Jemputan jamuan pasca syawal (sbb syawal dah habiskan..takkan raya lg kot..hehe..) Faz menjadi asbab aku sampai ke Saujana Utama. Jamuan akan bermula pada pukul 2.00, jadi aku mula merancang2 untuk berziarah ke rumah kawan-kawan lain, alang-alang dah sampaikan..

Rumah pertama, rumah staff , si Mas. Kegembiraan masuk rumah baru dalam bulan syawal menjadi agak suram bila rumah yang diduduki tak sampai sebulan dimasuki pencuri..sangat kasihan, so, walaupun tidak dijemput aku menghadirkan diri ke rumah mas...janji pukul 11, 11.30 baru sampai..pusing-pusing area tu memangla agak bahaya. Hanya beberapa rumah yang baru diduduki tuan rumah,yang lelain masih dalam proses renovation dan banyak yang masih kosong terbiar. Suspek, pekerja construction dekat rumah sebelah menyebelah..kerugian boleh tahan jugak, tv, lap top, barang kemas, duit raya bebudak, ..habih di hangkutnya...uish..jahats betulla...semoga mas and family sabar dengan dugaan...Peringatan buat diri, segala yang ada pada kita adalah hak Allah yang dipinjamkan, bila2 masa nikmat yang dipinjamkan akan diambil balik...Sebagai hamba Redhalah dengan ketentuanNYA..pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tak nampak...Wallahua'lam..

Rumah Kedua....dah empat tahun aku bercadang dan merancang nak ke sana, rasa bersalah sentiasa datang bila teringat aku tak pernah sampai walau merancang. Masa bekerja di company lama, kebanyakan Client dan staf2 client dah jadi kawan, sesetengahnya agak akrab..Salah seorang staff client yang menjadi akrab ialah Kak Syima, staff admin di BESTSB. Kami kenal sejak 2002..Kak Syima masa tu ada seorang anak lelaki, comel dan keletah..anak kesayangan ibu dan ayah..Aku ingat lagi semasa singgah di BESTSB atas urusan kerja aku dengar suara budak menegur..."nak beli nasi lemak ke?"...eh...aku jenguk belakang meja Kak Syima...aku nampak anaknya si comel tu tengah baring.." eh kak, nape bawak anak p opis ni?"...kata Kak Syima " anak akak ni dah dua minggu demam, tak kebah2...akak kena bawak p opis..ada keja nak kena settle gak.."Aku jawab "oooo..kesian si kecil"....

Aku dah tak ingat bagaimana aku boleh bertanya dan bagaimana aku boleh tau selepas tu..mungkin sebab masa tu banyak urusan dengan Kak Syima membuatkan aku bertanya " Kak anak akak dah ok?"..Aku masih ingat, masa tu Kak Syima jawab dengan tenang..."D, anak akak ada tumor kat otak, tengah tunggu result whether kanser ke tidak"..Ya Allah..terkedu aku, teringat2 dia menegur aku...Dalam hati berdoa2 semoga dia tak apa2..Janganlah ada sel kanser..kesiannya dia....Ya Allah hanya kepada Engkau tempat kami berserah dan memohon pertolongan..

Dugaan Allah adalah untuk hamba-hamba yang mampu menahannya dan adalah untuk menguji keimanan hamba-hambanya...Si kecil sah cancer, terpaksa menjalani pembedahan membuang 1/3 dari otaknya, menjalani kemoterapi dan radioterapi...hilang kemampuannya bercakap, melihat, berjalan, makan secara normal...Masa tu, 2007, si kecil berusia 5 tahun...Sekarang si kecil yang keletah dulu..dah berumur 9 tahun....makanannya susu yang disuap menggunakan tiub, kakinya kejang2..badannya sihat Alhamdulillah...agak berat untuk ayah angkat selalu...sakit pinggang ayah...ayah dah tak kerja, sbb ibu tak larat nak angkat si kecil..jadi ayahlah menggalas tugas menjaga si anak dengan penuh kasih sayang...Bulan 3 yang lalu datang lagi ujian buat ayah dan ibu, ...kanser menyerang lagi di bahagian lain...si kecil semakin lemah...ayah dan ibu resah, keluar masuk wad beberapa kali dengan pelbagai komplikasi...

Hari ni masa aku melawat, kata ibu, si kecil berada dalam keadaan yang tenang dan agak sihat..baru pulang dari wad setelah tiga minggu di sana...Alhamdulillah...rasa nak menitik air mata menengok keadaannya..tapi ibu dan ayah tenang.....dah empat tahun, dah berkali2 doktor suruh bersedia untuk melepaskan....Wahai anakku Aiman, beruntunglah kamu dikurniakan ibu dan ayah yang berjuang demi kesejahteraanmu, yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untukmu...InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai anak yang suci...Untuk Kak Syima dan Abang Lan, InsyaAllah anakmu akan mengangkat darjatmu di sana...Ameen..

Rumah Ketiga , sampai pukul 3.30...(lambat sket sebab lama sembang2 dengan kak Syima, yela tak pnh p umah dia, p hospital je masa Aiman operate...)makan-makan nasi ayam dan laksa..aku gerak ke kembara ziarah ke Rumah ke empat di Kuang, Rumah Kak As, yang mendapat jemputan haji pada tahun ni...akan bertolak dari kelana jaya pukul 1.oo pagi ke KLIA...LabbaikAllahumma labbaik...Labbaikalasyarikalakalabbaik...Ya Allah jemputlah Aku, Ibubapaku, adik-adikku, mak cik pakcikku, guru-guruku, sahabat-sahabat2ku dan seluruh muslimin dan muslimat ke Baitullahmu....Ameen....

Akhirnya aku pulang kerumah dalam keadaan perut yang penuh nak meletup.....aduhai....



Saturday, September 10, 2011

Berlalulah sudah...sebulan berpuasa.....

Taqqabballahu minna wa mingkum, wa antum bikhair....eidul mubarak...minal aidil wal faaizin...

Ramadhan berlalu meninggalkan perasaan bercampur gaul dalam diri. Shahdu, sayu, hepi dan tertanya-tanya, diterimakah amalan?..kembalikah diri kepada fitrah yang suci? bakal berterusan kah amalan Ramadhan yang lalu hingga Ramdahan seterusnya..

Ramadhan kali ini menggamit rindu..masih lagi terasa di bulan Syawal...rindu...rasa hati ni sangat rindu...rindukan apa eh?rindukan Baitul A'tiq dan Masjid Nabawi..Rindukan bauan dan angin di Mekah dan Madinah..Rindukan kesejukan kaki di batu marmar sewaktu Tawaf di Kaabah..Rindukan meminum zamzam yang sejuk sebelum dan selepas solat..

Hati sangat-sangat merindukan...lama sudah tidak berpergian ke sana...hati melonjak-lonjak..Ya Allah aku memohon kemudahan dariMu, keizinanMu, kelapangan, kekuatan fizikal dan mental...Ya Allah, Jemputlah aku, ibu bapaku, adik-adikku, mak cik dan pak cikku, saudara mara jauh dan dekat, guru-guruku, pekerja-pekerjaku dan seluruh muslimin dan muslimat ke Baitul AtiqMu dan ke Masjid Nabi junjungan sallallahu alaihi wassallam...Ameeeeeeeen..

Ramadhan Kareem penuh rahmat dan barakah, penuh dengan pengisian di masjid dan surau...malangnya ramai yg tidak mengambil kesempatan..yang hadir pun ramai yang bak kata ustaz " mengalahkan Imam Syafie ingatannya"...kenapa ustaz kata begitu? sbb kebanyakan yang hadir tidak membawa buku catatan....termasuk la aku..:) ..Ramai ustaz-ustaz yang hebat-hebat di jemput ke surau di qariah kami...Pengisiannya juga bagus-bagus..malangnya banyak yang aku dah lupa detailnya..sebab tak bawak buku catatan, walau pun hari-hari berazam nak bawak tapi lupa juga....sementara minda masih ingat-ingat lupa, baik aku catatkan apa yg masih ada di minda, adeh apa ya...

1. Kata ustaz, detik kematian ada empat kumpulan malaikatul maut akan datang pada detik kematian...
*kumpulan pertama akan menarik roh dari tapak kaki hingga ke sendi lutut..setelah selesai mereka akan beredar...sbb tu orang2 berilmu bila melawat orang yang sakit mereka akan rasa tapak kaki si sakit...kalau dah sejuk...itulah tanda-tanda pengakhiran hayat si sakit

* kumpulan kedua akan menarik roh dari lutut hingga ke pinggang, di ikuti kumpulan ketiga menarik roh dari pinggang ke dada...semas ni kita akan lihat si mati akan sesak dadanya,
berombak2.....
* dan yang terakhirnya akan menarik roh dari dada ke ubun-ubun... oleh kerana roh keluar
ubun-ubun sbb itulah kalau kekadang kita boleh melihat org yang meninggal memandang
ke atas...jasad melihat rohnya keluar dari badan buat kali terakhir..Qaaluu innalillahi wa
inna ilaahi raaji'uun...


tulisan ini hanya berdasarkan ingatan lemah aku...aku memohon ampun kepada Allah jika ada kesilapan...semoga diri ini sentiasa bersedia untuk menghadapi waktu itu..Ya Allah, matikanlah kau dengan kematian yang baik, dan janganlah kau matikan aku dengan kematian yang buruk, Ya Allah aku bermohon redha darimu Syurga Jannah dan perlindungan darimu dari kepanasan api neraka.......Ameeen...

Thursday, June 30, 2011

June yang penoh...

Alasan untuk tidak meng'up date' blog , letih, banyak kerja, mengantuk....malas sebenarnya.

June adalah bulan yang padat untuk semua 'accounting practitioner, sebab? Tax filing untuk individu yang menjalankan perniagaan(enterprise saja) adalah pada 30 June, bertembung dengan audit bagi account yang close bulan 12 hujung tahun....aduh2..

Awal May, aku dah listkan semua job yang aku nak settlekan before june, supaya kurang sket beban bulan jun...tapi kita merancang, tuhan yang menentukan...dah jadi attitude rakyat malaysia, kita ingatkan beberapa bulan awal pun dah minggu2 nak akhir june jugak mereka nak hantar documen unuk di buat akaun..tu belum kira yang hantar minggu last...aduh2...

June 14..aku exam..malu nak cakap, ngulang paper P2...nape tah badi aku dgn paper ni..susah nak lulus(actually bukan badi, mmg aku was not well prepared as compared to other papers....ngaku...salah sendiri..)Fuh...genting..saat-saat keja banyak nak exam, paper susah plak tu..huhu...

June 16 - 19...kami ke langkawi...trip which was planned a year ago....sangat seronok....walaupun diganggu dengan panggilan2 dari client...bawak akif, which is 3 months old..naik flight, sgt kesian tgk dia nangis dalam flight bila tekanan turun..mesti sakit telinga..bak kata abang afif "saya tak ada telinga"..masa touch down kat langkawi..hehe

Balik jer dari langkawi terus pulun buat keja..apa lagi..dek kerana dehydration, penat, jetlag?...badan dah tak tahan...demam la pulak..spi tak p keja 1 hari..aduh2...kerja sangat banyak...

Asmawati selamat diijabkabulkan dgn suaminya(hehe ai tak tau sapa namanya) on 19th..which kami on the way pulang dr langkawi...sorryla ayah ndak..kami dah tak ble reverse flight booking...tp kami semua turun ke dewan manjalara, datang kenduri belah husbandnya...Asmawari is my kazen...10 yrs younger..dah kawin dah budak ni...acik dah tuo...

Alhamdulillah....dengan rahmat, hidayah dan perlindungan Allah....kami berjaya menyetelkan semua job tax sblm kul 7 mlm pd 30 hb june..walaupun sblm ni tiap malam aku balik kul 9...petang td dah jem jap otak aku....well...perjuangan belum selesai....

lepas ni nak kena turun BERSIH plak....hehe...oh..tu JULY nyer citer...

Wednesday, March 30, 2011

Shake hands with the Queen...

One of my fren share this in her fb and I wanted to share it with uols...





A British man came to Sheikh & asked,"Why is not permissible in Islam for WOMEN to shake hands with a MAN?"


The Sheikh said,"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"


British man replied,"Of course not,there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth"


Sheikh replied with a smile on his face,"Our Women are Queens an...d Queens do not shake hands with strange men" quoted fr Fiza Nep..:)...
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates