02/10/2011
Hari ni aku namakan misi Ziarah Saujana Utama dan Sungai Buloh. Sebenarnya perancangan ziarah dah lama, dah bertahun, tapi tidak kesampaian. Jemputan jamuan pasca syawal (sbb syawal dah habiskan..takkan raya lg kot..hehe..) Faz menjadi asbab aku sampai ke Saujana Utama. Jamuan akan bermula pada pukul 2.00, jadi aku mula merancang2 untuk berziarah ke rumah kawan-kawan lain, alang-alang dah sampaikan..
Rumah pertama, rumah staff , si Mas. Kegembiraan masuk rumah baru dalam bulan syawal menjadi agak suram bila rumah yang diduduki tak sampai sebulan dimasuki pencuri..sangat kasihan, so, walaupun tidak dijemput aku menghadirkan diri ke rumah mas...janji pukul 11, 11.30 baru sampai..pusing-pusing area tu memangla agak bahaya. Hanya beberapa rumah yang baru diduduki tuan rumah,yang lelain masih dalam proses renovation dan banyak yang masih kosong terbiar. Suspek, pekerja construction dekat rumah sebelah menyebelah..kerugian boleh tahan jugak, tv, lap top, barang kemas, duit raya bebudak, ..habih di hangkutnya...uish..jahats betulla...semoga mas and family sabar dengan dugaan...Peringatan buat diri, segala yang ada pada kita adalah hak Allah yang dipinjamkan, bila2 masa nikmat yang dipinjamkan akan diambil balik...Sebagai hamba Redhalah dengan ketentuanNYA..pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tak nampak...Wallahua'lam..
Rumah Kedua....dah empat tahun aku bercadang dan merancang nak ke sana, rasa bersalah sentiasa datang bila teringat aku tak pernah sampai walau merancang. Masa bekerja di company lama, kebanyakan Client dan staf2 client dah jadi kawan, sesetengahnya agak akrab..Salah seorang staff client yang menjadi akrab ialah Kak Syima, staff admin di BESTSB. Kami kenal sejak 2002..Kak Syima masa tu ada seorang anak lelaki, comel dan keletah..anak kesayangan ibu dan ayah..Aku ingat lagi semasa singgah di BESTSB atas urusan kerja aku dengar suara budak menegur..."nak beli nasi lemak ke?"...eh...aku jenguk belakang meja Kak Syima...aku nampak anaknya si comel tu tengah baring.." eh kak, nape bawak anak p opis ni?"...kata Kak Syima " anak akak ni dah dua minggu demam, tak kebah2...akak kena bawak p opis..ada keja nak kena settle gak.."Aku jawab "oooo..kesian si kecil"....
Aku dah tak ingat bagaimana aku boleh bertanya dan bagaimana aku boleh tau selepas tu..mungkin sebab masa tu banyak urusan dengan Kak Syima membuatkan aku bertanya " Kak anak akak dah ok?"..Aku masih ingat, masa tu Kak Syima jawab dengan tenang..."D, anak akak ada tumor kat otak, tengah tunggu result whether kanser ke tidak"..Ya Allah..terkedu aku, teringat2 dia menegur aku...Dalam hati berdoa2 semoga dia tak apa2..Janganlah ada sel kanser..kesiannya dia....Ya Allah hanya kepada Engkau tempat kami berserah dan memohon pertolongan..
Dugaan Allah adalah untuk hamba-hamba yang mampu menahannya dan adalah untuk menguji keimanan hamba-hambanya...Si kecil sah cancer, terpaksa menjalani pembedahan membuang 1/3 dari otaknya, menjalani kemoterapi dan radioterapi...hilang kemampuannya bercakap, melihat, berjalan, makan secara normal...Masa tu, 2007, si kecil berusia 5 tahun...Sekarang si kecil yang keletah dulu..dah berumur 9 tahun....makanannya susu yang disuap menggunakan tiub, kakinya kejang2..badannya sihat Alhamdulillah...agak berat untuk ayah angkat selalu...sakit pinggang ayah...ayah dah tak kerja, sbb ibu tak larat nak angkat si kecil..jadi ayahlah menggalas tugas menjaga si anak dengan penuh kasih sayang...Bulan 3 yang lalu datang lagi ujian buat ayah dan ibu, ...kanser menyerang lagi di bahagian lain...si kecil semakin lemah...ayah dan ibu resah, keluar masuk wad beberapa kali dengan pelbagai komplikasi...
Hari ni masa aku melawat, kata ibu, si kecil berada dalam keadaan yang tenang dan agak sihat..baru pulang dari wad setelah tiga minggu di sana...Alhamdulillah...rasa nak menitik air mata menengok keadaannya..tapi ibu dan ayah tenang.....dah empat tahun, dah berkali2 doktor suruh bersedia untuk melepaskan....Wahai anakku Aiman, beruntunglah kamu dikurniakan ibu dan ayah yang berjuang demi kesejahteraanmu, yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untukmu...InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai anak yang suci...Untuk Kak Syima dan Abang Lan, InsyaAllah anakmu akan mengangkat darjatmu di sana...Ameen..
Rumah Ketiga , sampai pukul 3.30...(lambat sket sebab lama sembang2 dengan kak Syima, yela tak pnh p umah dia, p hospital je masa Aiman operate...)makan-makan nasi ayam dan laksa..aku gerak ke kembara ziarah ke Rumah ke empat di Kuang, Rumah Kak As, yang mendapat jemputan haji pada tahun ni...akan bertolak dari kelana jaya pukul 1.oo pagi ke KLIA...LabbaikAllahumma labbaik...Labbaikalasyarikalakalabbaik...Ya Allah jemputlah Aku, Ibubapaku, adik-adikku, mak cik pakcikku, guru-guruku, sahabat-sahabat2ku dan seluruh muslimin dan muslimat ke Baitullahmu....Ameen....
Akhirnya aku pulang kerumah dalam keadaan perut yang penuh nak meletup.....aduhai....
1 comments:
ooo...mesti jd gemok kan byk sgt g open house
Post a Comment