Tuesday, December 15, 2009

Detik-Detik Yang berlalu

DETIK-DETIK YANG BERLALU

Detik-detik terus berlalu, meniti kehidupan,
Permukiman inikan berakhir, meninggalkan kenangan.
Kepiluan mencengkam hati, tak sanggup mengenangkan,
Amanah yang tak terlaksanakan, hasrat tak kesampaian.

Dunia Islam kini kehilangan,
ketandusan jiwa yang memahami,
Perjalanan bagai tak berkemudi, terkapai lemas di sudut jahiliyyah,
Tiada daya lagi mengulangi kisah silam.

Suasana makin suram, generasi kian lesu,
Keindahan kini hilang, kerana kegersangan iman,
Hati bagaikan terkunci, dari hidayahMu Rabbi,
Hanyut dalam kelalaian, alam remaja yang mengasyikkan.

Apakah mentari masih sudi, memancarkan sinarnya,
Mungkinkah kebahagiaan semalam bisa hadir kembali.

Islam kini menanti kebangkitan, peribadi penerus perjuangan,
Usahlah dibiarkan berterusan, lirikan senyuman syaitan memanjang,
Sedarlah wahai teman, dari nikmat mempesona.

Masanya kini hampir tiba, untuk melangkah pergi,
Hanya sekalung doa dariku, agar kau subur kembali.


Nasyid yg sering kami alunkan masa zaman persekolahan...Aing kamu ingat dok?Tq kak ina for posting it...

2 comments:

ainko said...

wahhh..sgt ingat..mcm pnah dinyanyikan je ms i dolu2 'soutul mujahidah'..hehe

d'amna said...

wah2 lo soutul mujahidah ke..tak de sapa nak pilih wa jadi saoutul mijahidah..huhu...i apply masuk soutul mujahidin jer...

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates