Hari ini aku pergi ke Bukit Lanjan untuk memenuhi janjiku..Janjiku dengan Delima..Belanja makan je sebenarnya...selama aku bertemu dengan client dan pekerja2 client aku, sgt2 jarang aku temui pekerja yg betul2 ikhlas menyanjungi bosnya. Selalu sangat aku berjumpa dengan pekerja yg berpura2..pijak semut pun tak mati kalau depan bos, belakang bos...
Berlainan sangat antara bos dan pekerja di Delima yg aku kenali ni...sbb aku mmg selalu keluar samaada sekali bos & staff/staff saja..(dgn bosnya saja tak la pulak...nak cari nahas..)..aku sbnrnya kagum dengan mereka...staffnya sgt menghormati bosnya..di depan / di belakang! tak pernah aku dengar perkara2 buruk yg keluar di mulut staffnya ttg bosnya..(walaupun aku pnh provoke hehe)...aku kagum! aku cuba menganalisa di mana kekuatan sang bos yg boleh kucontohi...cuma kesimpulanku:-
1. kena ikhlas dalam memberi ( bos jg suka ungkit2 pemberian)
2. memberi insentive tanpa dijangkakan staff -suprise gift..(jangan la pulak dah janji2 tak beri!!!)
3. sentiasa meniupkan motivasi diri pada staff
4. melahirkan penghargaan kepada staff secara direct, eg; puji staff kalau dia buat kerja elok..
5. sentiasa berusaha utk membantu staff dalam keadaan mereka susah...
Sang Bos delima ni merupakan usahawan yg boleh dikatakan agak berjaya di kelasnya...yg aku perati, dia berjaya kerana Jati Dirinya...
Aku bersyukur kepada yg Esa kerana mendtg Delima pada waktu2 getir aku nak dapatkan job/payment dekat2 nak raya yg lepas..Sang bos sgt menepati janji, setiap kali claim di buat(berserta dengan progress job yg dijanjikan) dia pasti membuat pembayaran...(ini lg satu sikap yg baik..memenuhi janji)Aku bersyukur kepada yg Esa kerana mendtgkan Delima sebagai satu contoh bagaimana nak mengemudikan kapalku..
Azamku untuk sentiasa memperbaiki diri bagi menjadi yg terbaik..di entri akan dtg aku akan bercerita ttg sahabatku Aida di Tmn permata, En Mat di kota Damansara serta ......ex-bos ku(yg baik2 jela hihi)..sebagai inspirasi dan penghargaan aku kepada mereka...
0 comments:
Post a Comment