Sunday, July 15, 2012

Kembara Kami

25 May 2012

Kembara kami ( aku, mak, ain dan cu) membawa segunung dosa, memohon agar dikasihani, dikasihi dan diampuni..Kembara kami bersama hajat yg menggunung, memohon cintanNya dan Syafaat kekasihNya..

Sentiasa aku mengingatkan diri, kembara ini bukanlah semata kerana aku rindukan suasana haramain, atau rindukan meminum zam-zam sepuas-puasnya atau memohon pelbagai hajat dan keperluan di dunia ini...Kembara ini kembara mencari redhanya, menyucikan jiwa yg penuh dosa..

Sucikah jiwa setelah kepulangan? Diterimakah amalan semasa di sana?  Ya Allah aku berserah dan memohon dikasihani, mohon diterima amalan dan di ampunkan dosa2 ku, ibu bapaku, adik2ku, nenek dan datukku, saudara maraku, guru2ku, sahabat2ku, pejuang2 islam di seluruh dunia...dan seluruh muslimin dan muslimat..

Kami sampai ke tanah air 6 June 2012, Alhamdulillah, dengan perlindungan dah rahmat darinya...

Ibrah dari kembara sangat banyak..Perjalanan ini adalah tarbiyah Allah...dari sekecil2 perkara sehingga ke besarnya

Pengajaran utama adalah ujian kesabaran..(kami datang dari famili yg cepat marah, cepat je naik darah kalau sesuatu tak kena..especially aku..hehe)...Kata ustaz, sikap kasar, tak sabar dan suka tolak2 org arab ni adalah dugaan kesabaran buat kita..Kata ustaz lagi, kita datang sebagai tetamu, jadi kita jangan nak komplen cara mereka..yalah kalau orang datang rumah kita, mesti kita tak suka org kata rumah kita tak cantik/kotor, anak2 kita nakal, makanan kita tak sedapkan...Jadi kalau dah arab tu memang kasar, tak sabar dan suka tolak2..jadi bersabarlah..dan sentiasa maniskan muka..Balik ke Malaysia, kekalkan sifat sabar sebagaimana kita di haramain, disana tempat yg suci, kita berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan sikap sabar dan bertolak ansur..balik ke Malaysia?...masihkah lagi bersabar atau dah kembali ke sifat asal?Bawak kereta masih nak marah2kah kalau ada yg terhegeh2 kat depan :p..menyirap darah teruskah bila staff buat silap berulang2 kali..Allah2 ingatkanlah aku bila aku lupa....

Ada satu ustaz dari sabah,(maaf ustaz sy tak ingat nama ustaz) mengajarkan satu doa (ayat ustz lg best, ini sekadar berdasarkan ingatan)" Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah padaku rasa bersyukur, iaitu tidak mengeluh dengan sedikit kesukaran yg engkau berikan"..aduh2..kita sentiasa mengeluhkan..kita lupa bila kita mengeluh sebenarnya kita tak bersyukur...berapa kesusahan yg kita ada bebanding dengan nikmat yang tak terkira dan tak terhitung dek kita..Ya Allah..lemahnya hamba mu ini..

Silaturrahim group kami sangat mengharukan...kami tak banyak masa untuk berkenal2 / berbual kosong, sementelah masing2 ada matlamat lebih utama semasa di sana..Namun ukhuwwah yang terjalin dalam senyap membawa makna yg lebih bererti bagi aku..Terima Kasih atas peringatan dan tazkirah ustaz wahab, Terima Kasih Ustaz Zainal(Pak Cik aku & ain* tumpang mahram), Terima kasih keluarga Hj Abdul Razak dan terima Kasih Keluarga Asma', yg mengangkat beg dan Air Zam2 kami, Terima Kasih atas ukhuwwah Kak Zaimah dan Ibu, Terima Kasih Keluarga Cikgu Aris ( Tumpang Mahram Cu) Terima Kasih Sahilla dan kelurga..terima kasih semua..

Ibrah paling utama ialah kemanisan dalam beribadah hanya boleh dirasai bila ianya berterusan, tak kira tempat dan masa..kerana kita hambanya yg tidaklah dijadikan kecuali untuk beribadah kepadaNYA.

Allah, Aku Memohon di jemput Lagi ke Baitul A'tiqmu dan Masjid nabimu..kerana aku sentiasa rindu...








Monday, January 16, 2012

22 Safar 1433H

bersamaan 16/1/2012

Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Tercinta Muhammad s.a.w

(Mode : tak berapa rajin nak meng'update' blog (bukan luar biasa pun))

Teringin nak mencoret sesuatu yang bermanafaat untuk aku semak2 dihari muka, tapi buntu..so, credit to Ustz Zaharuddin:-

Antara kaedah mengenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allahialah apabila dibacakan kalam Allah, bicara Islam atau mendengar azan, orang itu akan merasa segera jemu, mengantuk, tiada perhatian & tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai & hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat . Apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya & berasa segar fizikal & jiwanya. Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu.



Ameen....


p/s : adeh..selalu jugak begitu...

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates